Random Posts

Wednesday, May 23, 2012

Debat antar Najib Vs Anwar (Anwar mention Najib di Facebook)

Pastinya kita tertunggu2 debat antara 2 pemimpin ini. Selepas kita menyaksikan beberapa debat antara anak buah mereka, kita pastinya nak tengok pula debat antara ketua mereka pula.

Pastinya ia sesuatu yang menarik jika ini menjadi kenyataan. Diharap PM kita menyahut cabaran untuk berdebat dengan ketua pembangkang ini.

Gambar dibawah ialah cabaran yang dihantar oleh Anwar kepada Najib!

p/s ini hanya rekaan semata2..kih3

Anda Mungkin Juga Meminati:

10 Makyah paling cantik!
Baca Selengkapnya- Debat antar Najib Vs Anwar (Anwar mention Najib di Facebook)

Tuesday, May 22, 2012

Inilah Jambatan Tertinggi Di Dunia Yang Melepasi Awan


Terjumpa satu info yang sangat menarik iaitu fakta tentang Jambatan Tertinggi Di Dunia Yang Melepasi Awan. Sangat hebat jambatan ini, jambatan ini adalah lebih tinggi daripada menara Eiffel.

Jambatan ini juga menjadi tempat penggambaran Mr. Bean Holiday! Dalam cerita ini, kelihatan Mr. Bean memnadu kereta merentasi jambatan yang sangat tinggi. Jambatan tersebut ialah Le Viaduc de Millau iaitu Jambatan tertinggi di dunia!



Jambatan ini mempunyai ketinggian sekitar 343 meter. Bandingkan dengan menara Eiffel yang mempunyai ketinggian sekitar 300 meter, itu bererti membina jambatan ini sama seperti membina beberapa menara Eiffel yang sama, dan diletakkan saling bersampingan antara satu dengan yang lain.



Dirancang oleh Michel Virlogeux dan Norman Foster. Jambatan yang telah dirasmikan penggunaannya pada 14 Disember 2004 ini terletak di Millau, Perancis.

tabekpuang.blogspot.com

Anda Mungkin Juga Meminati:

10 Makyah paling cantik!
Baca Selengkapnya- Inilah Jambatan Tertinggi Di Dunia Yang Melepasi Awan

Konspirasi sebenar disebalik pembunuhan Muammar Gaddafi

Satu lagi artikel menarik tentang pembongkaran Konspirasi sebenar disebalik pembunuhan Muammar Gaddafi. Saya ambil artikel ini dari blog http://zharifalimin.blogspot.com. Sangat menarik dengan artikel ini kerana ia menerangkan denagan sangat detail tentang konspirasi yang sengaja dirancang! Jom baca artikel menarik ini!

Muammar Gaddafi

Pemimpin Libya yang digelar "Iron Fist" Oleh pemimpin barat yang di kepalai oleh Obama telah pun 'terkorban' dalam peperangan yang berlarutan selama 8 bulan. 'Mayatnya' pula telah dimalukan di hadapan orang ramai dan di letakkan di dalam pasar raya. Muammar Gaddafi telah memerintah Libya selama 42 tahun tetapi inilah harga yang dibayar oleh NATO, UN terhadap beliau. Dan selama 42 tahun ini, sebahagian media barat telah mengecop Muammar Gaddafi adalah pemimpin Islam yang tidak membawa apa-apa kebaikan dan perubahan kepada rakyat Libya.

Amerika pula mahu menjadi hero, kononnya Amerika sahajalah negara yang mengaplikasikan demokrasi, negara Islam (kaya dengan minyak) semudahnya di label sarang pengganas. Inilah yang terjadi di Iraq dulu. Kuasa beralih tetapi kehidupan rakyat terus tertindas dan Islam makin ditinggalkan. Kita dimomokkan selama 42 tahun pemerintahan Muammar Gaddafi, beliau banyak melakukan pembunuhan, kaki perempuan dan diktator yang mempunyai kuasa veto. Betul ke semua ini?

Keluarga Muammar Gaddafi

Klik gambar untuk besarkan

Operasi Ketenteraan di Libya

Amerika Syarikat telah membelanjakan AS$550 juta (RM1.67 bilion) 31/3/20011. Sumber dari Jabatan Pertahanan Pentagon mengatakan bahawa 60 peratus daripada kos berkenaan adalah untuk peluru berpandu dan bom

Kanada, UK, Perancis dan Italy juga terlibat dalam pemberontakan di Libya

Kerajaan dan pihak pemberontak

Perbandingan Peperangan Iraq Vs Libya







Kepentingan Perang Iraq Dan Libya (Minyak Dan Emas)

Campur tangan NATO dalam konflik Libya hanyalah membawa kematian dan kemusnahan kepada Libya yang dahulunya sebuah negara yang aman dan mempunyai struktur pemerintahan yang kukuh. Libya telah mengesyorkan penarafan harga minyak yang adil di persidangan OPEC dan mereka menentang semua peraturan-peraturan dan undang - undang antarabangsa dunia barat. Muammar Gaddafi pernah mengoyakkan Buku Piagam PBB pada Perhimpunan Agong PBB yang ke 64. NATO tidak mempunyai hak untuk tampil sebagai "Polis Dunia" dan ' perang ' ini sudah menyalahi undang-undang antarabangsa.


Muammar Gaddafi yang muncul pertama kali di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-64 setelah 40 tahun menolak untuk menghadirinya, mempamerkan ketegasan dengan menyelar badan dunia itu atas apa yang disifatkannya sebagai ketidakadilan dan berat sebelah. Pemimpin Libya itu mengejutkan perhimpunan tersebut apabila menunjukkan aksi mengoyak buku piagam PBB dan kemudiannya melemparkan buku ke podium sebagai tanda protes terhadap kelemahan PBB.

Lebih 1.7 juta rakyat Libya telah membantah terhadap pengeboman NATO. Kenapa rakyat Libya mahu kerajaan dan bank yang dikawal oleh golongan elit (keluarga Gaddafi)? Pada tahun 1951, Libya adalah negara paling miskin di dunia. Tetapi selepas pentadbiran Muammar Gaddafi selama 42 tahun ini yang mereka dapat
  1. Tidak ada bil elektrik di Libya. Elektrik adalah percuma untuk semua rakyat
  2. Tidak ada faedah ke atas pinjaman, bank-bank di Libya adalah milik negara dan pinjaman yang diberikan kepada semua rakyat di 0%
  3. Rumah dianggap sebagai hak asasi manusia di Libya. Gaddafi berikrar bahawa ibu bapanya tidak akan mendapat sebuah rumah sehingga semua orang di Libya mempunyai rumah. Bapa Gaddafi telah meninggal dunia, sedangkan dia isterinya dan ibunya masih tinggal di dalam khemah.
  4. Semua yang baru berkahwin di Libya menerima Dinar $60,000 (US$ 50,000) oleh kerajaan untuk membeli pangsapuri pertama mereka untuk membantu memulakan keluarga
  5. Pendidikan dan rawatan perubatan percuma di Libya. Sebelum Gaddafi hanya 25 % Libya celik pendidikan. Hari ini, angka itu adalah 83%
  6. Sekiranya Libya ingin mengambil pertanian sebagai kerjaya, mereka akan menerima tanah pertanian, sebuah rumah pertanian, peralatan, benih dan ternakan untuk memulakan pertanian secara percuma.
  7. Jika Libya tidak dapat mencari kemudahan pendidikan atau perubatan yang mereka perlukan di Libya, dana kerajaan akan menaja sepenuhnya warga Libya ke luar negara kerana ia bukan sahaja percuma tetapi mereka mendapat tempat penginapan US$ 2,300 sebulan dan elaun kereta
  8. Jika penduduk Libya membeli sebuah kereta, kerajaan akan subsidikan 50% daripada harga petrol
  9. Harga petrol di Libya ialah $0.14 (N22) per liter.
  10. Libya tidak mempunyai hutang luar negeri dan jumlah rizabnya $150 bilion sekarang dibekukan di seluruh dunia
  11. Jika penduduk Libya tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian, kerajaan akan membayar gaji purata profesion seolah-olah dia bekerja sehinggalah pekerjaan berjaya diperolehi.
  12. Sebahagian jualan minyak Libya, dikreditkan terus ke akaun bank semua rakyat Libya.
  13. Seorang ibu yang melahirkan anak menerima AS$ 5,000
  14. Gaddafi menjalankan projek pengairan yang terbesar di dunia, yang dikenali sebagai projek "Great Man Made River", untuk membekalkan air sedia ada di seluruh negara padang pasir.

Penentangan Rakyat Libya Terhadap Pencerobohan dan Pengeboman NATO

Gambar dibawah menunjukkan ramai yang menentang pencerobohan nato. Tetapi gambar ini jarang digembar-gemburkan. Sebaliknya gambar dan video penentang yang diulang berkali-kali.




sumber

Anda Mungkin Juga Meminati:

10 Makyah paling cantik!
Baca Selengkapnya- Konspirasi sebenar disebalik pembunuhan Muammar Gaddafi

Gempar manusia separuh badan

Mohd Nordin
Mohd Nordin

KULIM- Pekerja di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Hi-Tech dekat sini, gempar dengan kewujudan lembaga manusia separuh badan yang dilihat berjalan di sekitar kawasan kilang menjelang waktu tengah malam.

Seorang pekerja yang tidak mahu dikenali berkata, sejak kebelakangan ini, lembaga itu semakin kerap ditemui pekerja dan ini mengakibatkan ada dalam kalangan mereka yang takut untuk pergi kerja.

Menurutnya, ada dalam kalangan­ pekerja yang mengalami penyakit aneh setelah pulang dari bekerja malam.

“Sebelum ini, seorang pekerja wanita berasa badannya seram sejuk ketika melalui lorong pintu keluar dari kilang untuk kebangunan sebelah. Selain itu, mangsa juga mengadu rambutnya ditarik dari belakang.

“Kerana ketakutan, mangsa lari dan mendapatkan bantuan dari rakan sekerja. Ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku. Kami pernah ternampak lembaga manusia berbadan separuh berjalan di sekitar kawasan kilang pada waktu lewat malam,” katanya.

Menurutnya, kejadian ini sudah dimaklumkan kepada pihak pentadbiran kilang tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil untuk memastikan masalah itu ditangani kerana lembaga yang dilihat berkeliaran di sekitar kilang masih berlaku.

Sementara itu, Pengerusi Pekida Labu Besar, Mohd Nordin Ismail yang melihat keadaan kilang itu berkata, pihak pentadbiran kilang seharusnya mengadakan majlis bacaan Yasin di surau untuk memastikan pekerja berada dalam keadaan selamat.

“Sebelum kawasan ini dibangunkan, ia merupakan kawasan hutan tebal dan pelbagai kejadian aneh sering berlaku. Semasa kerja-kerja meratakan tanah di kawasan ini dijalankan, ada beberapa pokok yang tidak boleh dipotong dan ia dibiarkan sehingga kini. Masalah ini bermula ketika bangunan kilang ini hendak memulakan pembinaannya.

“Kebanyakan pemaju akan mengadakan majlis pemujaan ditapak pembinaan meminta supaya kerja mereka tidak diganggu makhluk halus. Dengan cara ini perkara tidak diingini tidak berlaku sepanjang pembinaan dijalankan.

Setelah siap, tidak ada mana-mana pihak yang menjalankan upacara itu lagi. Ini mengakibatkan makhluk halus itu datang semula ke tapak kilang,” katanya.

Katanya, kebanyakan pemilik kilang bukan beragama Islam yang berhadapan dengan masalah ini akan mengadakan upacara pemujaan setiap tahun di kawasan lapang ditapak kilang mereka dirikan.

“Saya mencadangkan kepada pekerja dan pegawai yang beragama Islam untuk melapangkan sedikit masa mengadakan tahlil dan solat hajat supaya gangguan syaitan dan iblis dapat dihindarkan. Sekiranya tidak ada sebarang tindakan diambil, kejadian seperti histeria kemungkinan­ boleh berlaku,” katanya.

p/s seram dok? huhuhuhuhu

Sinar Harian

Anda Mungkin Juga Meminati:

10 Makyah paling cantik!
Baca Selengkapnya- Gempar manusia separuh badan

Pembongkaran Tentang Perang Amerika Syarikat Yang Dimulakan Dengan Pembohongan

Saya ada terbaca sebuah artikel tentang pembongkaran tentang peperangan yang dimulakan dengan pembohongan. Amerika sangat licik dalam membuat sesuatu agar tidak dapat dikesan atau dipersalahkan dengan tindakan yang mereka lakukan.

Berikut merupakan pembongkaran yang di ambil dari sebuah blog.

1. Perang Vietnam (1964-1975)

Pembohongan Media : 2 dan 3 Ogos 1964, pasukan Vietnam Utara telah dituduh oleh kerajaan Amerika Syarikat telah melancarkan serangan terhadap dua kapal tentera Amerika Syarikat di Teluk Tonkin.
Analisis Perang : Tiada kapal pernah diserang. Itu adalah pembohongan besar oleh media White House.
Matlamat : Untuk mencabar kemerdekaan Vietnam dan mengekalkan dominasi Amerika Syarikat di rantau ini.
Kesan : Berjuta-juta mangsa, kecacatan genetik (Agent Orange) dan berlaku masalah sosial besar-besaran.


Kawasan semburan Agent Orange











Kecacatan genetik disebabkan Agent orange

2. Perang Grenada (1983)


Pembohongan Media : Pulau Caribbean kecil telah dituduh membina pangkalan tentera Soviet dan untuk menyelamatkan doktor Amerika Syarikat.
Analisis Perang : Semuanya palsu. Presiden Amerika Syarikat Reagan mencipta semua alasan itu dari awal.
Matlamat : Untuk mencabar reformasi sosial dan demokratik Perdana Menteri, Maurice Bishop (yang telah dibunuh). Reagan berkata 'Kita tidak boleh membiarkan komunis apaches untuk mengambil alih taman peribadi kita'.
Kesan : Serangan US Marine, penindasan kejam dan pemulihan kawalan ke atas negara.

3. Perang Panama (1989)

Pembohongan Media : Pencerobohan oleh tentera marine Amerika Syarikat adalah dirancang untuk menangkap presiden Manuel Noriega yang dituduh mengedar dadah.


Manuel Noriega menjadi kambing hitam kerakusan US

Analisis Perang : Ejen CIA Noriega mendakwa kedaulatan terusan Panama berada pada akhir pajakan. Ini tidak dapat diterima oleh Amerika Syarikat yang terus mahu menguasai terusan Panama..
Matlamat : Untuk mengekalkan kawalan Amerika Syarikat (komunikasi strategik).
Kesan : Amerika Syarikat telah mengebom dan membunuh 2000 hingga 4000 orang awam, berita yang diabaikan oleh media.

4. Perang Iraq (1991)

Pembohongan Media : Iraq mencuri inkubator di Kuwait (Bandar Materni).
Analisis Perang : Media ciptaan yang dihasilkan oleh Hill & Knowlton agensi pengiklanan, yang dibayar oleh Pemerintah Kuwait sendiri.


Liga Arab juga bersekutu dalam menyerang Iraq

Matlamat : Untuk mencabar Timur Tengah dan untuk mengekalkan dominasi Amerika Syarikat dan mengekalkan kawalan tentera Israel ke atas rantau tersebut.
Kesan : Tak terkira jumlah mangsa semasa perang, diikuti oleh sekatan dalam tempoh yang lama termasuk ubat-ubatan.

5. Perang Somalia (1993)

Pembohongan Media : Bernard Kouchner mengakui dirinya sebagai wira kempen kemanusiaan di Somalia.
Analisis Perang : Empat syarikat besar Amerika Syarikat telah membeli satu perempat daripada Somalia yang kaya dengan hasil bawah tanah, terutamanya minyak.
Matlamat : Untuk mengawal ketenteraan di rantau strategik.





Kesan perang terhadap rakyat Somalia

Kesan : Tidak dapat mengawal Somalia, Amerika Syarikat mengekalkan negara ini di dalam huru-hara.

6. Perang Bosnia (1992 - 1995)


Tahanan perang Bosnia di Kem Manjaca

Pembohongan Media : Firma Amerika Syarikat Ruder Finn dan Bernard Kouchner mengecam panggilan 'kem-kem penghapusan Serbia'.
Analisis Perang : Ruder Finn dan Kouchner berbohong. Orang-orang kem tahanan perang bersedia untuk pertukaran. Presiden Muslim Bosnia Itzebegovic mengakuinya.
Matlamat : Menyerahkan kawasan tersebut untuk kawalan multinasional, mengawal Sungai Danube dan jalan Balkan.
Kesan : Empat tahun perang menakutkan untuk semua bangsa (Bosnia, Serb dan Croatia).

7. Perang Yugoslavia (1999)

Pembohongan Media : Telah berlaku pembunuhan beramai-ramai di Albania dan Kosovo oleh tentera Serbia.
Analisis Perang : Pembohongan besar seperti mana yang diakui oleh Jamie Shea, jurucakap rasmi NATO.
Matlamat : Untuk mengenakan kawalan NATO ke atas kawasan Balkan dan transformasi sebagai Pasukan Polis. Juga untuk membina pangkalan tentera Amerika Syarikat di Kosovo.
Kesan : 2000 mangsa pengeboman NATO. Pembersihan etnik Kosovo oleh Tentera Pembebasan Kosovo yang dilindungi oleh NATO.

8. Perang Afganistan (2001)




Pembohongan Media : Bush mahu membalas dendam selepas 9/11 dan menangkap Osama Bin Laden.
Analisis Perang : Tidak ada bukti kewujudan pertubuhan Al-Qaeda. Bagaimanapun, Taliban telah mencadangkan untuk mengekstradisi Bin Laden.
Matlamat : Untuk kawalan ketenteraan rantau Asia ini yang strategik, untuk membina satu saluran paip merentasi Afghanistan untuk mengawal pembekalan tenaga Asia Selatan.
Kesan : Pekerjaan jangka panjang dan peningkatan besar-besaran pengeluaran candu dan penyeludupan.

9. Perang Iraq (2003)

Pembohongan Media : Saddam telah menggunakan senjata kimia berbahaya yang mengakibatkan kemusnahan yang dinyatakan Colin Powel pada PBB.


Media memainkan peranan awal dalam kejatuhan Saddam

Matlamat : Kawalan semua sumber minyak dan kemungkinan untuk memeras ugut pesaing seperti Eropah, Jepun dan China.
Kesan : Iraq dalam keadaan huru-hara dan perang saudara.

10. Perang Venezuela-Ecuador (2008)

Pembohongan Media : Hugo Chavez menyokong keganasan, mengimport senjata dan seorang diktator.
Analisis Perang : Chavez dijatuhkan kerana beliau seorang anti Semitik (anti yahudi).
Matlamat : Syarikat-syarikat utama Amerika Syarikat mahu mengekalkan kawalan ke atas minyak benua dan sumber-sumber lain. Mereka takut kebebasan demokrasi dan sosial Amerika Latin.
Kesan : Washington mengetuai dunia dalam memerangi seluruh benua selatan seperti sabotaj ekonomi, memeras ugut, pemasangan pangkalan tentera Amerika Syarikat di kawasan yang kaya dengan hasil bumi.

p/s janganlah kita tertipu dengan taktik licik mereka.


sumber

Anda Mungkin Juga Meminati:

10 Makyah paling cantik!
Baca Selengkapnya- Pembongkaran Tentang Perang Amerika Syarikat Yang Dimulakan Dengan Pembohongan

Inilah Buah Durian Yang Tiada Duri


Anda pernah tengok buah durian yang tak ada duri? Anehkan? Buah durian yang biasa kita lihat mempunyai duri tapi yang uniknya, buah durian ini tiada duri.


Kalau korang nak tau inilah dia buah durian gondol atau durian gundul. Sesuai dengan keadaan buah ni yang gondol tak ada duri. Buah durian ni mudah didapati di kawasan daerah Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Keunikan yang ada pada buah ini ialah terletak pada buahnya yang tidak memiliki duri seperti buah durian lain sehingga dapat memudahkan kita untuk mengupas dan memakannya.

Berikut adalah ciri-ciri durian Gondol/Gundul yang diambil dari blog www.pelikbinajaib.com.

  • Bentuk buahnya sekilas seperti tempurung kelapa, ukurannya sebesar buah melon dengan berat 800-900 gr. Buah matang mengeluarkan aroma khas durian. Ini memang durian, tapi tanpa duri! Rasa buahnya enak dan manis dengan kandungan gula 14 -15 derajat brix.
  • Ketebalan isi buah 0,5 cm seperti isi buah durian tempatan pada umumnya dan berwarna kuning terang dengan produktif dapat mencapai 200 ? 400 kg/pohon/tahun. Tanaman ini mampu beradaptasi dengan baik di dataran rendah sampai sedang dengan ketinggian 250 ? 700 dpl.
  • Tanaman durian gondol ini merupakan tanaman durian yang mengalami mutasi bentuk oleh alam sehingga duri-duri di seluruh kulitnya tidak ada.


sumber

Anda Mungkin Juga Meminati:

10 Makyah paling cantik!
Baca Selengkapnya- Inilah Buah Durian Yang Tiada Duri

Artikel Blog Sahabat